Timur Tengah
Timur Tengah

Timur Tengah

Timur Tengah ialah sebuah wilayah yang secara politik dan budaya merupakan sebahagian benua Asia, atau Afrika-Eurasia. Pusat dwilayah ini ialah daratan di antara Laut Mediterranean dan Teluk Parsi serta wilayah yang memanjang dari Anatolia, Semenanjung Arab dan Semenanjung Sinai. Kadangkala disebutkan juga kawasan tersebut meliputi wilayah dari Afrika Utara di sebelah barat sampai dengan Pakistan di sebelah timur dan Caucasus dan/atau Asia Tengah di sebelah utara. Media dan beberapa pertubuhan antarabangsa (seperti PBB) umumnya menganggap wilayah Timur Tengah sebagai wilayah Asia Barat Daya (termasuk Cyprus dan Iran) ditambah dengan Mesir.Wilayah tersebut mencakupi beberapa kelompok suku dan budaya termasuk suku Iran, suku Arab, suku Yunani, suku Yahudi, suku Berber, suku Assyria, suku Kurdis dan suku Turki. Bahasa utama iaitu: bahasa Parsi, bahasa Arab, bahasa Ibrani, bahasa Assyria, bahasa Kurdis dan bahasa Turki.Kebanyakan sastera barat mendefinisikan "Timur Tengah" sebagai negara-negara di Asia Barat Daya, dari Iran (Parsi) ke Mesir. Mesir dengan semenanjung Sinainya yang berada di Asia umumnya dianggap sebagai sebahagian Timur Tengah, walaupun sebahagian besar wilayah negara itu secara geografi berada di Afrika Utara. Sejak pertengahan abad ke-20, Timur Tengah telah menjadi pusat terjadinya peristiwa-peristiwa dunia, dan menjadi wilayah yang sangat sensitif, baik dari segi kestrategikan kawasan, politik, ekonomi, kebudayaan dan keagamaan. Timur Tengah mempunyai bekalan minyak mentah dalam jumlah besar dan merupakan tempat kelahiran dan pusat kerohanian agama Yahudi, Kristian dan Islam.